Apabila
agama itu diambil separuh-separuh, yang memihak kepadanya diambil yang memberi
rugi kepadanya ditinggal.
Saya bukanlah ustazah nak cakap tentang agama, tetapi saya nak
ajak saudara saudari semua berfikir akan kisah benar yang berlaku kepada
seorang balu kematian suami.
1. Semasa hidup si mati orang susah, adik-beradik tak pernah
menjenguk, apatah lagi hulur belanja untuk anak buah walaupon semuanya kerja best.
2. Rezeki anak-anak si mati dapat beli sebidang tanah dan dapat
buat sebuah rumah teres di atas tanah tersebut. Tak lama kemudian, si mati
membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tetapi tak kesampaian
(meninggal dulu).
3. Simpanan si mati ada dalam RM10 ribu dalam bank. Ada sebuah
rumah. Dan sebidang tanah.
4. Si mati selalu beritahu isterinya kalau dia tiada, isteri dan
anak-anak taklah susah mana. Ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada
tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati untuk si isteri dan
anak-anak.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas
(masalah jantung). Si mati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik-beradik si mati
termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati
kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat
mungkin.
7. Si mati tiada anak lelaki, jadi harta-harta si mati akan
dapat juga pada adik beradiknya.
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik
bertandang ke rumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid. Bahagian
untuk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradik si mati.
9. Hukum faraid – bahagian isteri dapat paling sedikit (orang
Terengganu cakap dapat bahagian kepala mayat). Langsung tak pedulikan perasan
si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas, dalil-dalil bab
pembahagian faraid.
10. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh
si balu dengan anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka-mereka itu bagi
dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang
berhak sekiranya mahu tetap tinggal di situ, atau keluar dari rumah tersebut
kerana rumah itu akan dijual, dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut
hukum.
Mudahkan Pembahagian Harta Tanpa Melalui Faraid dengan Hibah Takaful. Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut
11. Celah mana mahu cari RM150 ribu? Nak tak nak terpaksa keluar
dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak-anak,
dengan jumlah yang si balu dapat dan anak-anak si mati dapat, mustahil dapat
cari rumah baru.
12.
Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim. Berpindah randah, menyewa situ
sini, jangankan si balu,si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri
sendiri. Duit
simpanan, tanah sebidang, rumah dijual si waris. Harapan si mati untuk tidak
menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya berkecai sama sekali.
13. Waris-waris,semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing.
Nak tanya khabar jauh sekali. Nak hulur duit jauh sekali.
14. Lagi malang waris-waris semuanya bekerja bagus. Ada cikgu, ada pegawai
kerajaan, ada golongan prefesional, malah kaki masjid pun ada. Tapi sayang, bab
tangggung jawab pada anak si mati langsung tak dihiraukan.
15. Walaupun berhak pada harta si mati, tapi kena tengok pula
tanggung jawab yang harus dipikul. Jangan ambil agama itu separuh-separuh untuk kepentingan
sendiri. Ya, tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum
Tetapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati –
tempat tinggal, pakaian, makan minum).
16.
Kalau kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ini, berubahlah, dan moga
dijauhkan keturunan kita, adik-adik kita, suami kita, anak-anak kita daripada
bersifat kejam begini.
17. Ambil pengajaran saudara saudari. Sekali lagi saya ingatkan
apa yang agama ajar, bila si mati meninggalkan anak-anak yang belum baligh,
wajib bagi walinya (mengikut turutan wali sebelah si mati) menyediakan nafkah
untuk anak si mati. Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah di akhirat kelak.
18. Hukum faraid itu sangat adil dan indah. Diberi lebih kepada
lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung orang-orang di
bawahnya. Kenapa
apabila tiada anak lelaki, harta akan jatuh juga kepada adik beradik si mati?
Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggung jawab si wali-wali untuk
menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih lagi apabila si yatim adalah
perempuan). Dan
semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban dan membantu si
wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
19. Ingat ya dapat pembahagian harta si mati bukan terus beli
rumah baru,shopping atau
melancong dulu. Tetapi tunaikan dahulu tanggung jawab si anak yatim.
Sumber : TheVocket.Com
No comments:
Write comments