KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pagi tadi sebaik beliau tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut pembantunya, Jamal ditahan kira-kira jam 8.30 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di sini. 

Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia tiba di IPD Dang Wangi kira-kira 10.30 pagi untuk disoal siasat dan turut ditemani peguamnya.

Jamal atau pembantunya itu dijangka mengadakan sidang media hari ini jika dibebaskan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan yang Jamal
ditahan namun enggan mengulas lanjut.

Sumber : Bernama