MASIHKAH anda ingat insiden kemalangan maut di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga yang mendapat tumpuan meluas media massa pada Mei tahun lalu?
Dalam kejadian menyayat hati itu, pasangan suami isteri, Fairuz Nizam
Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza
Annisa, tujuh bulan maut meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira;
8, dan Nur Firuza Aqila; 4, bergelar anak yatim piatu.
Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka,
Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut meninggalkan dua anak mereka, Nur
Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4, bergelar anak yatim piatu.
Namun, yang menjadi pertikaian hari ini ialah bila mana kakak kedua
Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain; 48, telah mengadakan sesi sidang
media mendakwa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain ‘pecah
amanah’.
Muhammad Faizznur Asyraf Husain
Ini kerana menurut Yusnida, Faizznur langsung tidak memberikan wang
sumbangan orang ramai terhadap dua beradik itu sebaliknya mendakwa wang
itu merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun
banknya.
Faizznur yang sebelum ini mewar-warkan kepada pihak media bahawa dia
bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka
sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga.
“Sumbangan mula diberi kepada saya tahun lepas, 22 Jun 2015,
itupun setelah saya buat laporan polis, adik bongsu saya baru serahkan
RM12,000 (wang derma sumbangan orang ramai).
“Pada mulanya, perbincangan adik yang nombor tiga dan yang
bongsu yang akan jaga anak-anak ini sebab isteri adik nombor tiga adalah
sepupu kepada arwah ibu (Nova Safitri) kepada dua-dua anak ini,” jelas
Yusnida.
Menurut Yusnida, Faizzur memberikan alasan wang sumbangan tersebut
merupakan hak miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun bank
peribadinya.
“Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya,
duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada
dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini,” ulasnya lagi.
Yusnida menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga sekarang.
Menurut Yusnida, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut
hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka
oleh bapa saudara sendiri.
Selain itu, Yusnida turut membuat pendedahan bahawa ahli keluarga
arwah Nova Safitri turut melakukan penipuan demi menuntut wang insurans
arwah Fairuz Nizam.
“Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu
penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan
duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringit
tidak dihantar untuk anak-anak ini.
“Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun,” luah Yusnida lagi yang ternyata kesal dengan perkara tersebut.
Sehubungan kes itu, Yusnida telah membuat laporan polis dan kes itu sedang disiasat oleh pihak Bank Negara.
Sumber : MYNEWSHUB.CC
Tahukah Anda HIBAH TAKAFUL Adalah Cara Pengagihan Pampasan Perlindungan Takaful yang TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN? KLIK DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT
No comments:
Write comments