Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) kini telah melancarkan pelan perlindungan takaful hayat terbaru yang dikenali sebagai PruBSN Warisan. Pelan perlindungan takaful terbaru dari PruBSN ini dikhabarkan menawarkan perlindungan hayat minimum RM350,000 yang boleh diHIBAHkan dengan mudah kepada warisan yang dinamakan di dalam sijil takaful peserta. PruBSN menjangkakan PruBSN Warisan akan mendapat sambutan dihati masyarakat memandangkan nilai sumbangan yang amat berpatutan dengan manfaat yang ditawarkan.
Berikut adalah petikan dari brosur PruBSN Takaful;
PruBSN WARISAN
Salah satu daripada matlamat dalam hidup adalah untuk memastikan mereka yang tersayang dijaga walaupun setelah ketiadaan anda. Anda akan berasa lebih tenang dengan harapan bahawa mereka akan menjalani kehidupan yang lebih baik kerana anda mampu memberikan mereka keselesaan yang terbaik.
Namun kadangkala hidup ini tidak mudah, dan perjalanan anda dalam membina legasi terkandas disebabkan pelbagai tanggungjawab dalam kehidupan. Anda terpaksa mengutamakan hal-hal semasa yang mungkin menghalang simpanan dan pelaburan anda untuk masa hadapan.
PruBSN Warisan direka khas bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan buat orang yang tersayang dalam bentuk hibah sekiranya perkara yang tidak diingini menimpa anda. Ianya satu pelan takaful berkaitan pelaburan yang memberikan perlindungan yang tinggi. Dengan PruBSN Warisan, anda dan orang yang anda sayangi dilindungi daripada hidup yang tidak terjamin supaya warisan anda akan terbina dengan teguh.
CIRI-CIRI PRODUK
Perlindungan Yang Penting
Manfaat-manfaat ini dicipta untuk memberi perlindungan kepada anda dan keluarga dengan jumlah perlindungan yang tinggi berdasarkan sumbangan yang berpatutan.
Peruntukan Sumbangan
Sumbangan anda (selepas ditolak caj-caj Wakalah) akan dilaburkan di dalam dana berkaitan pelaburan yang patuh Syariah mengikut pilihan anda. Kadar peruntukan sumbangan anda bergantung kepada Tempoh Sumbangan yang dipilih. Sila rujuk kepada Ilustrasi Pelan untuk maklumat lanjut. Bergantung kepada Tempoh Sumbangan yang anda pilih, sebahagian daripada sumbangan anda mungkin akan dimasukkan di dalam IUA yang mempunyai kadar peruntukan yang lebih tinggi, sebanyak 95%.
Pilih daripada 3 jenis dana pelaburan untuk sumbangan anda mengikut toleransi risiko anda:
• Takafulink Dana Ekuiti • Takafulink Dana Bon • Takafulink Dana Urus
MANFAAT TAMBAHAN
Perlindungan Mengikut Keperluan Anda
Sesuaikan perlindungan dengan keperluan gaya hidup anda dengan rider tambahan PruBSN
Warisan.
PruBSN Warisan adalah produk yang berasaskan Syariah.
Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful
yang berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia.
No comments:
Write comments