PARIT BUNTAR: Fenomena air pasang besar disusuli hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan hampir 20 rumah di perkampungan nelayan Kuala Bagan Tiang di sini, terjejas sejak awal pagi tadi.
Keadaan itu menyebabkan air naik setinggi 0.35 meter di penempatan berkenaan sejak jam 1.30 pagi.
Bagaimanapun, tiada penduduk dipindahkan setakat ini dan sehingga jam 4 pagi tadi, paras air dikesan mulai surut.
Seorang penduduk, Mohd Nizam Jamaluddin, 44, berkata paras air laut mula meningkat pada jam 1.30 pagi dan dalam masa kurang sejam, laluan utama perkampungan itu mula digenangi air dan memasuki kawasan perumahan.
"Beberapa agensi keselamatan yang memantau keadaan terus berjaga-jaga sebagai persediaan menghadapi apa juga kemungkinan," katanya di sini.
Beliau berkata, keadaan dijangka pulih dalam masa beberapa jam.
Sumber : BH Online
No comments:
Write comments